2023-06-01T04:01:49.317Z

TIPS BELI RUMAH PERTAMA!

Ramai antara kita yang baru sahaja memulakan langkah untuk membina kerjaya, membeli kereta, mengumpul aset , serta menceburkan diri dalam perniagaan. Namun, tidak ketinggalan juga ada yang sedang merancang untuk membeli rumah pertama mereka.

Persoalannya, adakah anda tahu apakah TIPS untuk membeli rumah pertama anda?

Ternyata untuk memiliki sebuah rumah bukan mudah seperti  kita membeli sebuah kereta. Memang benar pinjaman untuk kedua-dua aset ini akan diberikan oleh pihak bank, namun begitu proses pembelian dan pemberian pinjaman antara kedua-duanya adalah tidak serupa.

Oleh itu, kami ingin berkongsi  beberapa tips pembelian rumah pertama anda supaya anda tidak tersilap  langkah dalam usaha memiliki rumah pertama anda sendiri.

Antara tipsnya adalah seperti berikut :

  1. Anda wajib membeli rumah mengikut kadar kemampuan anda. Jangan terikut-ikut rakan atau orang lain yang mungkin telah membeli rumah besar dan sebagainya. Hal ini adalah supaya perbelanjaan bulanan kita mencukupi seterusnya menjadikan pinjaman kita boleh diluluskan oleh pihak bank. Jadi, anda kena buat bajet terlebih dahulu kerana bayaran bulanan rumah akan memberi kesan kepada perbelanjaan dan komitmen anda dengan keluarga.
  1. Pastikan anda perhatikan jarak tempat kerja dengan rumah anda dekat ataupun boleh dikatakan tidak terlalu jauh. Ini adalah disebabkan faktor jarak memainkan peranan penting kerana kos seperti petrol dan tol turut mempengaruhi perbelanjaan bulanan anda. Pada masa yang sama, anda juga tidak perlu menghadapi keadaan trafik yang sesak. Lebih elok lagi, kalau anda mencari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja isteri anda.
  1. Pastikan rumah yang anda ingin miliki berdekatan dengan kemudahan yang sedia ada. Oleh itu, anda perlu melakukan sedikit kajian tentang persekitaran rumah yang anda bakal beli. Perhatikan dahulu jarak rumah ke sekolah anak, pasaraya, klinik kesihatan dan sebagainya. Ini adalah perkara yang amat penting supaya anda dan ahli keluarga mudah akses ke tempat tersebut dengan mudah, cepat dan selamat.
  1. Pengiraan kos hartanah strata seperti yuran penyelenggaraan kediaman anda juga adalah perlu dititik beratkan dan wajib dimasukkan di dalam bajet bulanan anda. Sekiranya anda  membeli rumah tersebut untuk tujuan  pelaburan, anda perlu mengkaji potensi pulangan daripada  pelaburan tersebut kerana terdapat lambakan hartanah di pasaran serta anda mungkin tidak akan menerima pulangan untuk beberapa ketika.

Semoga tips di atas  boleh menjadi  panduan berguna untuk anda yang ingin  membeli rumah pertama. Akhir kata daripada kami, stay safe, stay healthy! #KITAJAGAKITA.