2023-06-01T04:06:07.259Z

5 TRIK JADI JUTAWAN HARTANAH

Siapalah  yang tidak mahu menjadi seorang jutawan? Jika ada peluang untuk menjadi seorang jutawan, adakah anda tahu bagaimana mahu  bermula dan  apakah trik yang boleh anda guna pakai  khususnya dalam bidang pelaburan hartanah. Mereka yang berminat dengan pelaburan hartanah pastinya perlu bermula daripada satu pelaburan kecil dan kemudian bergerak ke pelaburan-pelaburan seterusnya.  Jadi, perkara ini bukanlah mustahil untuk anda lakukan bagi mencapai hasrat anda untuk  menjadi seorang jutawan dengan syarat anda perlu praktikkan 5 TRIK daripada kami ini.

Di sini kami kongsikan kepada anda mengenai 5 TRIK untuk menjadi seorang jutawan hartanah :

 

  1. Lengkapkan diri anda dengan ilmu pelaburan hartanah

Jika anda ingin menjadi jutawan seperti jutawan hartnah yang lain, perkara pertama anda perlu lakukan adalah dengan melengkapkan diri anda dengan penegtahuan tentang pelaburan hartanah. Ini adalah kerana ilmu adalah asas yang sangat penting dan dengan ilmu serta Teknik yang betul anda akan mendapat banyak deal menarik untuk pelaburan hartanah anda.

TETAPI…persoalannya di mana anda nak dapatkan info pelaburan hartanah? Sebenarnya banyak info yang anda boleh dapati di laman web internet, Cuma ianya akan memakan masa kerana maklumat sedia ada di internet tidak tersusun. Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah mencari syarikat atau rakan-rakan anda yang berpengalaman menguruskan pembelian hartanah seperti rumah lelong, subsale, rumah sublet, komersial dan lain-lain agar mereka dapat berkongsi ilmu tentang Panduan Pelaburan Hartanah yang berbaloi.

 

  1. Aplikasikan apa yang telah  anda pelajari daripada pelaburan hartanah tersebut

Setiap perkara baharu yang kita pelajari memerlukan praktikal, barulah kita tahu tentang keberkesanan cara yang kita belajar sama ada ianya efektif atau sebaliknya. Apa yang penting adalah pelaburan hartanah yang anda beli memberikan positif cashflow setiap bulan. Maksudnya ialah anda akan tetap dapat pulangan setiap bulan daripada pelaburan yang anda lakukan. Sebagai contoh,  bayaran installment bank sebanyak RM1100, sewa RM1300, maka anda dapat tambahan RM200 setiap bulan. Ianya memang satu pelaburan yang berbaloi.

 

  1. Mulakan pelaburan anda dengan pelaburan kecil

Anda tidak digalakkan untuk bermula dengan rumah yang berharga tinggi seperti  RM600k, tetapi anda perlu bermula dengan pelaburan hartanah untuk rumah yang berada di bawah RM200k. Ini adalah kerana terdapat  banyak rumah dan apartment yang anda boleh beli dengan harga yang rendah, kemudian anda boleh sewakan semula apartment tersebut dengan harga yang lebih tinggi daripada harga installment bank.

Lakukan pelaburan seperti ini untuk beberapa buah rumah sehingga anda mencapai jumlah  yang anda kehendaki setiap bulan. Pelaburan kecil ini adalah amat penting untuk membina keyakinan anda untuk melakukan lebih lagi dalam pelaburan hartanah. Apabila anda  sudah biasa dengan pelaburan kecil ini, anda boleh beralih ke fasa seterusnya di mana anda boleh memulakan pelaburan hartanah anda dan mendapatkan pelaburan berskala besar yang ada di sekitar anda.

 

  1. Carilah ejen hartanah yang sah

Sewajarnya apabila anda ingin mencari hartanah yang anda mahukan untuk dijadikan pelaburan, anda perlu pastikan bahawa anda  berurusan dengan ejen hartanah yang sah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Eejen Hartnaha dan Pengurus Harta (BOVEAP). Hakikatnya,  ejen hartanah boleh membantu anda untuk “match” jenis hartanah dan harga yang anda mahukan. Pada masa yang sama mereka juga akan berkongsi kepada anda tentang perancangan kewangan yang betul ketika membuat pembelian hartanah dan ini amat membantu anda untuk membuat pelaburan hartanah dengan lebih berhati-hati.

 

  1. Jangan tunggu lama-lama, bertindak segera!

Jika anda serius untuk menjadi seorang pelabur hartanah, jangan berlengah lagi , buat tindakan anda sekarang. Dapatkan info dan maklumat berkenaan hartanah pada saluran yang betul untuk anda jadikan panduan dalam bidang pelaburan hartanah ini. Semoga berjaya menjadi seorang jutawan pelaburan hartanah.