2023-06-01T04:07:32.674Z

RUMAH LELONG, SUBSALE DAN UNDERCONS, MANA YANG LEBIH BAIK?

Pasti ada yang tertanya-tanya, jenis rumah yang manakah yang bagus untuk dibeli sama ada rumah lelong, subsale atau undercons? Tetapi persoalannya adakah anda sudah benar -benar memahami apakah maksud rumah lelong, subsale dan undercons? Untuk membuat pembelian rumah, anda perlu mengetahui secara lanjut mengenai jenis-jenis hartanah kediaman yang sedia ada di pasaran. Jadi, di sini kami ingin membuka minda anda supaya anda lebih teliti dalam memilih rumah anda.

Ayuh kita fahamkan dulu definisi untuk setiap jenis rumah, barulah anda boleh membuat keputusan.

 

  1. Rumah Lelong (Auction)

Rumah lelong adalah rumah yang dijual oleh pihak bank ataupun pihak individu secara lelongan “auction” oleh pihak lelongan yang mempunyai lessen.Sebagai contoh, rumah yang dilelong oleh pihak bank dan rumah lelong LPPSA. Disebabkan rumah seperti ini dijual dengan harga murah, kebanyakan pembeli rumah di Malaysia menganggap bahawa hartanah lelong ini kurang nilainya berbanding rumah baharu  atau hartanah sekunder. Ada juga yang berpendapat bahawa pasti sesuatu buruk telah berlaku pada rumah tersebut dan mempunyai kerosakan struktur yang teruk. 

Namun, sebenarnya inilah masa yang paling sesuai untuk membeli rumah dari pasaran lelong kerana jumlah pembeli rumah baru yang tidak mampu membayar ansuran bulanan mereka semakin meningkat dalam 1-2 tahun ini. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya wabak Covid-19 , pastinya lebih banyak pembeli rumah baharu berhadapan dengan masalah kewangan. Ini membuktikan bahawa masih ada yang belum mengetahui tentang tawaran lelongan hebat rumah yang boleh membantu kita membuat pembelian rumah dengan harga yang lebih rendah dan mampu milik. Tetapi, anda masih perlu mengetahui pros and cons pembelian rumah lelong ini:

 

Kelebihan Rumah Lelong

  • Harga lebih rendah dari pasaran subsale
  • Boleh membeli rumah yang sebelum ini mempunyai sekatan, contoh rumah kos rendah. Apabila dilelong, ia tidak akan mempunyai sebarang sekatan
  • Pilihan pelbagai lokasi yang menarik
  • Pulangan sewa yang lebih tinggi berbanding rumah subsale
  • Pelbagai pilihan harga (boleh memilih harga yang sesuai dengan bajet)

 

Kekurangan Rumah Lelong

  • Kalah lelongan (unit called off) – pemilik membayar tunggakan dan bank membatalkan lelongan( boleh berlaku pada hari lelongan walaupun setelah anda mendaftar)
  • Menang lelong tetapi dengan harga yang melebihi pasaran- jika tidak membuat kajian tentang harga pasaran rumah
  • Pinjaman perumahan tidak diluluskan
  • Unit dalam keadaan kerosakan yang teruk
  • Tunggakan utiliti oleh pemilik lama yang tinggi
  • Pemilik lama enggan keluar dari rumah

 

  1. Rumah Subsale (Second Hand)

Rumah subsale adalah rumah second hand di mana rumah ini telah dimiliki oleh pembeli yang membeli daripada pihak pemaju. Kebiasaannya rumah ini dijual kerana pemilik ingin berpindah rumah, berhijrah ke luar negara atau pelbagai sebab lagi. Jadi, di sini kami akan senaraikan kebaikan dan tips sebelum membeli rumah jenis ini.

 

Kebaikan rumah subsale

● Harga yang mampu milik kerana harga pasarannya telah turun.
● Boleh dijadikan rumah sewa atau mungkin “homestay”
● Tiada tempoh menunggu jika proses pinjaman anda berjalan lancar. Kemungkinan untuk memiliki rumah ini menjadi lebih singkat.

 

Tetapi, anda juga perlu teliti jika ingin membeli rumah subsale. Secara asasnya, harga rumah ini sememangnya murah dari harga pasaran namun anda mungkin terlepas pandang beberapa perkara. Antaranya adalah :

 

● Keadaan rumah yang dimakan usia. Bahan binaan rumah tersebut mungkin ada yang  rosak, seperti ada  masalah anai-anai, reput dan sebagainya. Pastikan anda periksa dengan teliti sebelum membuat sebarang  keputusan.
● Kaji dulu mengapa pemilik lama menjualnya. Kaji kesemua aspek, lihat kawasan persekitaran, ketahui indeks jenayah di kawasan tersebut, susun atur kawasan perumahan berkenaan dan kemudahan berdekatan.
● Periksa dengan pihak bank mengenai baki hutang rumah tersebut. Pastikan tiada sebarang tunggakan daripada mana-mana pihak.

  1. Rumah dalam Pembinaan (Undercons)

Rumah undercons adalah rumah yang masih  belum siap dan sedang dibina oleh pihak pemaju. Kebiasaannya rumah jenis ini akan mengambil masa 2-3 tahun untuk disiap bina oleh pemaju dan terletak di kawasan yang belum matang. Anda juga perlu memastikan pihak pemaju tersebut mempunyai latar belakang yang mantap supaya tiada isu rumah terbengkalai. Namun, apa yang anda perlu tahu adalah walaupun rumah masih belum siap, selepas anda lulus membuat pinjaman dengan bank, anda perlu membuat pembayaran pinjaman bulanan dengan pihak bank mengikut fasa pembinaan rumah tersebut.

Apabila rumah tersebut telah siap dibina, biasanya anda akan dapat rumah kosong (bare unit) bukan seperti show unit ya. Maksud bare unit ini adalah unit kosong tanpa lampu, kipas dan lain-lain. Jadi anda perlu mengeluarkan duit sedikit untuk ubah suai dan menambah keperluan asas rumah. Namun, ada juga pemaju yang menyediakan barangan percuma seperti aircond, almari dan sebagainya untuk menarik pembeli membeli dengan mereka secara terus.

Anda juga perlu membuat pemantauan di dalam rumah anda sekiranya terdapat kerosakan (defect) dan lain-lain, tapi anda jangan risau sebab biasanya pemaju menyediakan defect period selama 1-2 tahun untuk anda laporkan pada mereka dan diambil tindakan agar proses pembaikian kerosakan itu segera dilakukan.

Kos untuk anda dapatkan rumah ini adalah sangat minima di mana anda hanya perlu meletakkan booking dengan harga RM500-RM1000 sahaja, dengan syarat anda dapat mortgage loan dari bank. Namun, ada beberapa kos yang perlu anda cover sendiri sepanjang pembelian rumah undercons ini seperti kos MOT. Kos ini biasanya akan dikenakan sebelum anda dapat kunci (lepas 1-2 tahun).

Sekarang anda dah tahu mengenai definisi dan kelebihan membeli jenis hartanah sedia ada di Malaysia , bolehlah tengok projek perumahan yang dikendalikan oleh Oriental Real Estate Sdn Bhd seluruh Malaysia di www.oresb.com. Ingatlah, segala keputusan berada di tangan anda, buatlah keputusan bijak agar anda tidak menyesal pada hari kemudian.

Anda berminat untuk menjadi seorang perunding hartanah professional?
Sila hubungi kami di talian berikut : 0182820000 (HQ ORESB Setapak)