2023-06-01T04:17:08.278Z

Buat 5 Perkara ini Semasa Viewing Rumah Sebelum Beli, Elak Rugi!

Semua orang mesti berimpian nak memiliki  rumah yang cantik dan selesa. Ini adalah penting sebab Rumahku Syurgaku, ataupun dalam erti kata lain rumah akan menentukan mood, cara hidup kita dan attitude kita secara tidak langsung. Mengapa saya kata begitu?

Bayangkan, jika anda ada sebuah rumah yang bumbungnya bocor sana sini, dinding berlumut, adakah anda tidak stress? Pastinya anda akan berada dalam keadaan stress dan terfikir-fikir untuk membaiki sekaligus perlu mengeluarkan duit untuk membaik pulih kerosakan tersebut. Tetapi, jika anda mempunyai rumah yang baik dan selesa meskipun tak secantik hotel 5 bintang, namun ianya dapat memberi inspirasi dan ketenangan kepada anda adalah amat berbaloi bukan? Sebenarnya ada perkara yang anda kena tahu jika anda berniat nak beli rumah sendiri khususnya rumah subsale.

Disini kami akan kongsikan kepada anda 5 perkara yang anda kena buat dan perhatikan sepanjang anda pergi viewing “bakal rumah” anda nanti supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Berikut adalah 5 perkara yang anda kena buat semasa viewing rumah sebagai pembeli :

  1. Ketahui status rumah yang ingin dibeli terlebih dahulu

Jika anda membeli rumah tersebut menggunakan khidmat ejen hartanah, anda perlu meminta ejen tersebut selidik terlebih dahulu status rumah itu seperti keadaan rumah dan sebagainya. Ini adalah amat penting supaya anda mendapat gambaran secara keseluruhan berkenaan rumah itu. 

Sebagai seorang pembeli, anda juga kena  tahu berapa kelayakan pinjaman atau loan anda serta harga rumah yang anda nak beli. Anda jangan sesekali view rumah yang sememangnya anda tahu diluar kemampuan kelayakan loan anda.

Selain itu, sebagai pembeli, anda perlu berlaku jujur dengan semua maklumat peribadi anda sekiranya ejen bertanyakan mengenai kelayakan loan anda sebelum proses viewing, dan berikan segala maklumat yang diperlukan. Mengapa? Ini adalah sebab ejen itu sebenarnya sedang membantu anda kerana ramai menganggap bahawa ejen hartanah ini begitu complicated dan banyak songeh.

  1. Semak segala kerosakan yang wujud, ambil gambar dan buat catatan

Semasa viewing, pastikan anda scan rumah itu secara menyeluruh, dan jika terdapat sebarang kerosakan, anda perlu buat catatan tentang kerosakan tersebut disertakan dengan gambar sebagai bukti. 

Anda kena ambil tahu setiap kerosakan yang ada walaupun kecil sebagai contoh kerosakan lantai sama ada pecah, terdapat gelembung dan sebagainya. Ambil perhatian  juga dengan masalah seperti tekanan air rendah, keretakan pada dinding atau lantai, masalah haiwan perosak dan lain-lain.

Untuk rumah berstrata (flat, apartment atau condo) pula, anda wajib pastikan tiada masalah kebocoran atau leaking dari bahagian atas rumah atau bahagian bawah rumah. Ini adalah kerana masalah leaking sangat rumit, dan memelukan Kerjasama antara 2 tuan rumah berbeza.

  1. Selidik Kawasan kejiranan kediaman

Antara salah satu kelebihan beli rumah subsale / secondhand ini, adalah anda boleh check siapa jiran tetangga anda dan bagaimana Kawasan kejiranan anda selepas anda pindah masuk rumah anda nanti. Ini merupakan satu bahagian yang penting sebab jiranlah antara orang yang anda minta bantuan sekiranya terdapat perkara yang anda memerlukan pertolongan mereka terutamanya jika anda tiada di rumah. Bolehlah anda minta tolong mereka untuk tengok-tengokkan rumah anda semasa anda pulang ke kampung atau bertindak call polis jika terdapat sebarang aktiviti mencurigakan di rumah anda itu.

  1. Ambil tahu sikap JMB sekiranya mereka beri komitmen terhadap tugasan mereka.

JMB (Joint Management Body) atau kita sebut sebagai Badan pengurusan Bersama ini biasanya bekerjasama dengan pemaju untuk menyelenggara hartanah sebelum penyerahan sebeanr dilakukan. JMB bertugas untuk memastikan dokumentasi, jadual pembayaran, perakaunan, dan pemeliharaan hartanah yang sewajarnya sementara pihak pemaju buat persiapan untuk membuat pengeluaran hakmilik strata.

JMB yang bagus adalah JMB yang peka pada keselamatan, keselesaan, kebersihan penduduk bangunan tersebut.
Setiap aduan akan diambil perhatian. Namun ada juga JMB yang sangat produktif  dan terdapat juga JMB yang memang tak ambil peduli tentang aduan penduduknya.

  1. Perhatikan tahap keselamatan persekitaran kawasan bakal rumah

Semasa anda pergi viewing bakal rumah, anda kena periksa keselamatan persekitaran kawasan tersebut. Sekiranya tempat tersebut mempunyai security guard bermakna ianya ada lebih baik namun sekiranya tiada, tidak akan menjadi masalah namun anda perlu perhatikan betul-betul bahawa kawasan tersebut selamat untuk anda duduki. Perkataan selamat di sini bererti selamat dari gangguan manusia atau haiwan liar seperti anjing liar, monyet dan sebagainya.

Akhir kata, cuba anda gunakan 5 tips ini apabila anda pergi viewing bersama ejen hartanah anda. Takut ejen hartanah tipu anda? Jangan risau! Jom berurusan jual beli dengan ejen hartanah berdaftar kami di Oriental Real Estate. Kami merupakan agensi hartanah terbesar di Malaysia dan sudah mempunyai lebih daripada 33 tahun pengalaman tentang hartanah dengan lebih daripada 800 orang ejen berdaftar kami di seluruh Malaysia. Hubungi kami di talian berikut : 018-2820000 dan dapatkan seorang ejen hartanah anda sekarang di sini!