2023-06-01T04:24:29.607Z

Nak Buat Apa Lepas Dapat Kunci Rumah Dari Developer?

Setelah sekian lama menyimpan impian untuk memiliki rumah sendiri, mengumpul deposit booking beli rumah, tunggu proses pembayaran balik dan macam-macam kos yang anda keluarkan, maka tibalah masanya untuk anda melangkah masuk ke rumah selepas dapat kunci dari pihak pemaju. Pastinya anda berasa sangat excited kan?

Excited excited juga! Tapi anda jangan lupa untuk lakukan satu benda utama ini lepas anda dapat kunci dari pemaju. Apa yang anda kena buat ? Benda ni sangat-sangat penting untuk anda buat iaitu semak sebarang kecacatan dan cela binaan rumah anda.

Untuk pengetahuan anda, pemaju memiliki tempoh masa 12-24 bulan daripada tarikh vacant possession atau pemilikan kosong untuk membaiki semua kecacatan yang terdapat pada rumah pembeli. Yalah, manusia tak sempurna, apatah lagi developer. Eh, kesimpulannya anda kena check sendiri semua cela yang  terdapat di rumah anda sama ada bahagian luar atau dalam. Walau bagaimanapun, tempoh aduan bagi kecacatan kediaman adalah berbeza – beza mengikut pemaju.

Periksa jika tombol setiap pintu bilik boleh dibuka dengan mudah atau tidak. Pastikan juga sliding door boleh  ditolak dengan mudah dan tiada spring return. Jika anda dapati ada tombol atau bahagian yang berkarat, sila tandakan supaya  pihak developer boleh tukarkannya  dengan yang baharu.

Macam mana nak check defect? Anda boleh letakkan tanda di tempat yang ada defect dengan gunakan sebagai contoh masking tape , kertas A4, marker pen dan kamera telefon anda. Kenapa guna item tersebut? Ini bagi memudahkan anda untuk label defect tersebut dan anda boleh tangkap gambar sebagai bukti untuk dihantar kepada pihak developer nanti.

Untuk proses kenal pasti defect, anda kena semak 7 aspek ini antaranya ialah :

  1. Pintu (Door)

Periksa jika tombol setiap pintu bilik boleh dibuka dengan mudah atau tidak. Pastikan juga sliding door boleh  ditolak dengan mudah dan tiada spring return. Jika anda dapati ada tombol atau bahagian yang berkarat, sila tandakan supaya  pihak developer boleh tukarkannya  dengan yang baharu.

  1. Jubin Lantai (Tiles)

Anda boleh cuba ketuk dan dengar setiap jubin yang ada pada lantai menggunakan kepala screw driver (jenis getah) untuk kenal pasti bahagian tiles yang lompong, tidak diturap dengan sempurna atau nipis.

Semak juga jubin pada tangga rumah jika kediaman anda jenis bertingkat kerana simen pada tangga rumah selalunya disimen pada bahagian tepi sahaja dan boleh membahayakan penghuni rumah.

  1. Check Perkakas Elektrik.

Jika pemaju ada menyediakan plug dan perkakas elektrik seperti lampu dan kipas, sila periksa sama ada peralatan tersebut berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Jika tidak, anda boleh panggil kontraktor dari pihak pemaju untuk semakan continuity electric supply. Perkara ini adalah penting, agar anda tidak mengambil inisiatif sendiri untuk memecahkan kabel dalam dinding berpunca daripada  kuasa elektrik yang tidak berjalan.

  1. Meter Air.

Sekiranya rumah anda sudah dipasang dengan meter air, sila check semua pili air. Semak juga tekanan air pada setiap aras untuk memastikan tiada pili yang tersumbat.

Manakala, untuk bilik mandi pula, semak sama ada dipasang pili atau tidak. Periksa juga sambungannya untuk memastikan tekanan air kuat dan tidak tersumbat.

Jika rumah anda ada tangki, sila isikan tangki tersebut dengan penuh. Kemudian, anda perlu semak meter air untuk check jika air masih berjalan. Jika ya, berkemungkinan besar terdapat kebocoran di tempat lain.

  1. Tingkap.

Cuba buka dan tutup tingkap dan sliding door di rumah anda berulang kali. Pastikan semuanya mudah, dan lancer tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Check juga bingkai dan pemegang tingkap jika terdapat karat. Jika berkarat, tandakan pada tingkap / sliding door tersebut supaya pihak pemaju menukarnya dengan yang baharu.

  1. Tangga Rumah.

Untuk tangga rumah pula, anda perlu menguji handrail atau pemegang tangga sama ada ia kekal kukuh dan tidak bergoyang – goyang walaupun dipegang semasa turun dan naik tangga.

Jika anda dapati pemegang tangga rumah anda longgar dan bergoyang, tandakan agar pihak developer  gantikan handrail tersebut dengan yang baharu. 

  1. Dinding.

Dinding rumah adalah aspek yang paling kritikal dalam proses semakan defect rumah.Ini adalah kerana, terdapat pemilik yang menganggap dinding rumah retak sedangkan ianya hanyalah hairline crack.

Untuk pengetahuan anda, hairline crack ini terjadi apabila batu bata, cat dan plaster tidak cukup tebal menyebabkan wujudnya hairline crack. Walau bagaimanapun, anda boleh letakkan tanda pada bahagian yang retak supaya pihak pemaju membaik pulih keretakan tersebut.

PERINGATAN

Jangan sesekali anda mencuba  melakukan sebarang renovation atau baikpulih sendiri rumah anda dalam tempoh Defect Liability Period (DLP).

Seandainya tiada apa-apa perubahan atau tindakan selepas 1 bulan atau 2 bulan anda failkan aduan defect rumah, anda bolehlah mengambil langkah untuk buat surat bertulis dan hantarkan kepada pemaju. Langkah terakhir adalah dengan membuat aduan kepada bahagian Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (KPKT).